Berdasarkan amalan persaingan , seksyen Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 melarang :
-
sebarang tingkah laku yang dilakukan oleh pemegang lesen yang mempunyai tujuan mengurangkan persaingan di dalam pasaran komunikasi;
-
peraturan dan amalan yang memperuntukan penetapan kadar, perkongsian pasaran dan pemulauan pembekal atau pesaing ; dan
-
mandatori mengikat atau menghubungkan aturan mengenai peruntukan atau bekalan produk dan perkhidmatan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menerbitkan garis panduan yang menjelaskan pengertian "mengurangkan persaingan besar" dan "posisi dominan".
Penguatkuasaan
Fungsi utama penguatkuasaan ialah untuk menjalankan siasatan apabila menerima laporan-laporan berkaitan dengan suruhanjaya merujuk kepada kesalahan-kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA), Akta Perkhidmatan Pos 1991 (PSA), Akta Tandatangan Digital 1997 (DSA) dan perundangan subsidiari yang berkaitan.
Objektif siasatan ialah untuk menentukan sama ada pesalah telah melakukan kesalahan dan juga mengumpul bukti lengkap pesalah. Selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada Penolong Pendakwa Raya untuk tindakan yang selanjutnya berkait dengan kes yang disiasat oleh SKMM.
Penguatkuasaan berkesan dijalankan oleh SKMM bagi memastikan hak-hak pemilik lesen, pelabur, pengguna dan orang ramai dilindungi dan kepercayaan dalam komunikasi, multimedia dan perkhidmatan pos adalah dikekalkan sepanjang masa.
Tindakan Penguatkuasaan
Senarai kes-kes Penyiasatan
Senarai kes yang dikompaun
Senarai Pendakwaan
Kandungan Berkaitan