Sektor

Satelit

Sistem berasaskan satelit adalah salah satu komponen yang penting dalam sistem komunikasi moden. Dengan jejak satelit dan liputan yang lebih luas, perkhidmatan satelit berupaya menyokong ketersambungan domestik dan antarabangsa dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih pelbagai daripada sebelumnya – termasuklah telekomunikasi luar bandar, penyiaran sampingan, perkhidmatan internet, bantuan bencana, komunikasi bergerak darat dan sebagainya.

Selain daripada satelit Malaysia, penyedia perkhidmatan tempatan juga dibenarkan untuk menggunakan satelit negara asing bagi penyediaan pelbagai perkhidmatan satelit di Malaysia – mengikut keperluan dan kerangka kawal selia kebangsaan.

Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow