Kerangka Kebangsaan

Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (“AKM 1998”) mewujudkan rangka kerja untuk mempromosikan objektif dasar negara Malaysia bagi industri komunikasi dan multimedia dan berusaha untuk menyediakan set generik peruntukan kawal selia berdasarkan definisi generik aktiviti pasaran dan perkhidmatan.

Pelesenan

Selaras dengan proses kematangan industri komunikasi dan multimedia Malaysia ke arah percantuman teknologi (convergence), lesen-lesen di bawah AKM 1998 digubal agar bersifat neutral dari aspek teknologi dan perkhidmatan. Terma-terma perlesenan AKM 1998 membenarkan pemegang lesen menjalankan dan menguruskan aktiviti-aktiviti berkaitan pemasaran. Ini mewujudkan peluang untuk meningkatkan lagi kesedaran dan perkembangan dalam industri, khususnya dalam bidang Penyedia Perkhidmatan Aplikasi dan penggunaan prasarana rangkaian yang lebih berkesan.

Pengurusan Spektrum

Penggunaan spektrum dikawal selia untuk memastikan penggunaan spektrum digunakan dengan cekap dan dapat mengurangkan gangguan frekuensi. MCMC ditugaskan untuk mengawal dan memastikan penggunaan spektrum sejajar dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ("AKM 1998") dan Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000. 

Penggunaan Spektrum

Menurut seksyen AKM 1998, tiada seorang pun boleh dengan sengaja menggunakan mana-mana bahagian spektrum untuk menyediakan perkhidmatan rangkaian melainkan melalui –
a) penguntukan spektrum
b) penguntukan radas
c) penguntukan kelas

Penggunaan jalur frekuensi yang ditentukan perlu konsisten dengan Rancangan Spektrum yang menggariskan pengagihan frekuensi dan tujuan jalur tersebut boleh digunakan.

 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow