Pusat Media

Tilawah al-Quran: MCMC panggil 4 pemilik FB untuk disiasat

06 Apr 2024, Utusan TV

SERAMAI empat pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandungan palsu melibatkan penganjuran majlis tilawah al-Quran telah dipanggil untuk siasatan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberitahu, mereka merupakan daripada beberapa pihak disyaki yang turut dirakam percakapan berhubung isu tersebut.

Katanya lagi, MCMC juga akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

“MCMC sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun 2024.

“Semua data yang dimuat naik oleh mereka telah direkodkan sebagai bahan bukti untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

Kongsi artikel ini
Follow