Pusat Media

Semua SMS Yang Mengandungi Nombor Telefon Akan Dihalang Penghantaran Berkuat-kuasa 2 Julai 2023

21 Jun 2023, Amanz
SKMM sebelum ini sedia mengarahkan untuk syarikat telekomunikasi menghalang penghantaran URL pada SMS – sekaligus mengurangkan masalah SMS berbentuk scam dan penipuan yang dihantar, sekaligus mengurangkan kes-kes penipuan atas-talian. Perkara berkenaan telah mula diimplementasi sejak Mei 2023 lepas oleh beberapa syarikat telekomunikasi.

Kini, selain penghantaran SMS dengan URL, SKMM sedia mengarahkan untuk menghalang penghantaran SMS yang mengandungi nombor telefon mudah-alih atau talian tetap untuk dihubungi. Perkara ini dijangka akan dikuat-kuasa oleh syarikat telekomunikasi bermula 2 Julai 2023 kelak.

Langkah ini dijangka akan terus mengurangkan kadar penipuan yang berlaku melalui SMS, selain melindungi lagi pengguna. Sebarang SMS yang mengandungi URL atau nombor telefon akan dihalang penghantarannya selepas 2 Julai 2023.

Pengguna perlu menggunakan beberapa alternatif sekiranya ingin masih meneruskan penghantaran URL atau nombor telefon kepada ahli keluarga atau rakan-rakan – termasuk menggunakan aplikasi permesejan seperti WhatsApp, Messenger dan sebagainya.

Selain pengguna persendirian, selepas tarikh tersebut, pelbagai SMS yang dihantar aplikasi dan perniagaan juga tidak boleh menyertakan pautan pada penghantaran SMS mereka (kecuali sekiranya melanggan perkhidmatan memfokuskan perusahaan dan perniagaan). Dengan langkah ini, beberapa aplikasi telah mula mengubah kaedah operasi dan telah menghentikan penghantaran URL melalui SMS. Sebagai contoh, Luno yang menghantar URL melalui SMS untuk pengesahan log masuk kini telah beralih kepada pengesahan berasaskan notifikasi aplikasi.

Kongsi artikel ini
Follow