MCMC Turun Padang Tangani Aduan Parlimen Kuala Pilah

MCMC TURUN PADANG TANGANI ADUAN PARLIMEN KUALA PILAH
 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan bertindak proaktif dengan turun padang menyantuni aduan telekomunikasi di Bukit Putus yang dilaporkan oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah, YB Dato’ Adnan Bin Abu Hassan di pejabat beliau pada 29 Mac 2023.
 
Hasil daripada pelaporan audit liputan juga mendapati bahawa aduan ke atas beberapa kawasan capaian Internet yang lemah merekodkan kualiti liputan yang baik.
 
Pihak MCMC turut menyampaikan advokasi tatacara penggunaan aplikasi JENDELA Map dan Speedtest untuk menyemak liputan rangkaian di mana-mana kawasan di seluruh Malaysia.
 
Pemantauan audit kualiti perkhidmatan secara responsif dan aktif sentiasa dilaksanakan oleh MCMC dalam menangani aduan capaian telekomunikasi melalui inisiatif kesalinghubungan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam menyediakan pengalaman digital yang lebih baik kepada pengguna.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow