LESEN KELAS
Pemohon yang ingin menyediakan kemudahan rangkaian, dan/atau perkhidmatan rangkaian, dan/atau perkhidmatan aplikasi atau aplikasi kandungan yang termaktub dalam lesen kelas perlu menyerahkan perkara berikut kepada MCMC:-
a) Dua salinan Borang D yang lengkap diisi per lesen;
b) Fi pendaftaran RM2,500.00 per lesen;
c) Maklumat seperti tertera dalam senarai semakan yang dikepil Senarai Semakan;
d) Templat permohonan ANNEX 2; dan
e) Maklumat atau dokumen tambahan seperti yang dikehendaki oleh MCMC.
Pendaftaran lesen kelas adalah sah untuk satu tahun (kalendar) sahaja. Sebelum lesen tersebut tamat, pemegang lesen mesti menyerahkan permohonan baru kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) beserta fi dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
FI LESEN KELAS
Fi pendaftaran adalah RM2,500.00.
Senarai semua fi berkaitan lesen yang dikenakan adalah seperti jadual di bawah:-
Jenis- jenis Fi |
Bayaran(RM) |
Fi Pendaftaran permulaan dan fi pendaftaran tahunan (satu tahun) |
2,500.00 |
Permohonan untuk salinan notis pendaftaran lesen kelas yang disahkan |
10.00 per muka surat |
Permohonan untuk salinan lesen kelas yang disahkan |
10.00 per muka surat |
Fi untuk perubahan keterangan pada notis pendaftaran lesen kelas |
50.00 |
Fi untuk membuat salinan atau mengekstrak kandungan daripada pendaftaran |
1.00 per muka surat |
BUKU PANDUAN PELESENAN
Buku panduan ini menyediakan panduan terhadap maklumat yang diperlukan dalam semua permohonan lesen dan kriteria yang diambilkira oleh MCMC dalam menilai semua permohonan lesen. Buku Panduan Pelesenan