3. Lindungi diri anda. Bagaimana?
1. |
|
Elakkan daripada memberi maklumat peribadi kepada permintaan/arahan yang anda tidak yakin. |
|
|
Samada permintaan tersebut adalah melalui e-mel atau telefon, jangan mendedahkan maklumat peribadi jika anda tidak tahu siapa pemanggil atau penghantar e-mel tersebut. Tidak kira sejauh mana laman web ini meyakinkan anda, anda harus selalu berwaspada kepada penipuan. Jika bukan anda yang memulakan komunikasi tersebut, anda tidak perlu memberikan apa-apa maklumat. |
|
|
|
2.
|
|
Jika anda was-was bahawa pemanggil atau penghantar tersebut sah atau tidak, anda boleh menghubungi sendiri dengan pegawai rasmi institusi kewangan anda untuk mengenalpasti. |
|
|
Paling penting adalah anda harus melakukan sebarang transaksi/ komunikasi dengan menggunakan saluran yang sah, bukan dari e-mel atau panggilan telefon. |
|
|
|
3.
|
|
Jangan mendedahkan kata laluan anda melalui saluran komunikasi yang mencurigakan atau bukan atas permintaan anda. |
|
|
Mana-mana institusi kewangan tidak pernah meminta anda untuk mengesahkan setiap maklumat secara online (dalam talian atau melalui telefon). Jika akaun anda menghadapi masalah keselamatan, institusi kewangan akan meminta anda untuk datang sendiri ke institusi berkenaan bagi memperbaiki masalah tersebut. |
|
|
|
4. |
|
Sentiasa pantau akaun anda untuk mengenalpasti aktiviti yang tidak sah. |
|
|
Pastikan anda menerima laporan bulanan anda pada masa yang sepatutnya dan memeriksanya untuk mengesahkan transaksi anda. Semakin awal anda mengesan aktiviti yang tidak sah, semakin cepat bagi institusi kewangan anda untuk memperbaiki dan mengenalpasti aktiviti tidak sah tersebut, secara tidak langsung ia meminimumkan kerugian kewangan.
Jika anda terjumpa serangan phishing atau menjadi mangsa phishing, segera hubungi institusi kewangan anda untuk mengesahkan status akaun dan tukar kata laluan anda. Anda boleh melaporkan e-mel phishing kepada SKMM dimana tindakan segera akan diambil untuk menghalang halaman phishing dan melindungi pengguna internet di Malaysia dari serangan itu.
Anda boleh membuat aduan mengenai phishing di : nsc@mcmc.gov.my or aduanskmm@cmc.gov.my |
|
|
|
Sila layari laman web SKMM Anti-Phishing di pautan :
http://nsc.mcmc.gov.my
Kandungan Berkaitan