Official Website of
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
EN
MY
Search
Search:
EN
MY
Search:
Search
HOME
ABOUT US
HISTORY
VISION & MISSION
COMMISSION MEMBERS
ORGANISATIONAL LEADERSHIP
OUR RESPONSIBILITY
OUR COMMITMENT
ANNUAL REPORTS
SECTOR
BROADBAND
MOBILE SERVICES
FIXED SERVICES
SATELLITE
BROADCASTING
POSTAL AND COURIER SERVICES
DIGITAL SIGNATURE
STRATEGIC TRADE
UNIVERSAL SERVICE PROVISION
LEGAL
LEGISLATION
INSTRUMENT
DISPUTE RESOLUTION
REGISTERS
MEDIA & EVENTS
PRESS RELEASES
PRESS CLIPPINGS
ANNOUNCEMENTS
PHOTO GALLERY
VIDEO GALLERY
ACADEMY
CAREER
CONTACT
HEADQUARTERS
STATE OFFICES
DIRECTORY
WEBSITE EXPERIENCE FEEDBACK
KnowledgeHub
Integrity
Did you know?
Make a complaint
Consumer
Licensee
Follow MCMC in Social Media
Media & Events
Home
Media & Events
Press Releases
Kenyataan Media Daripada Pengerusi MCMC Berhubung Siasatan Kes-Kes Melibatkan Penghinaan Agama Dan
Press Releases
Media & Events
Kenyataan Media Daripada Pengerusi MCMC Berhubung Siasatan Kes-Kes Melibatkan Penghinaan Agama Dan
06 Aug 2014
Kenyataan Media Daripada Pengerusi MCMC Berhubung Siasatan Kes-Kes Melibatkan Penghinaan Agama Dan Kaum
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyangkal tohmahan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa pihak berkuasa menjalankan siasatan secara selektif dalam kes-kes membabitkan penghinaan agama dan kaum di media sosial. Masyarakat perlu faham bahawa media sosial itu hanyalah satu medium
perhubungan. Apa yang sepatutnya diberikan fokus ialah kesalahan hakiki yang berlaku iaitu perbuatan menghina agama dan menghasut yang cenderung kepada menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia, yang menjadi kesalahan di bawah Akta Hasutan atau Akta-akta lain.
MCMC sentiasa mengikut lunas undang-undang dalam menjalankan siasatan dan juga mengamalkan standard profesionalisme untuk memastikan pengumpulan bukti yang cukup serta sekiranya boleh, menentu sahkan identiti mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
Adakalanya terdapat kesukaran untuk mendapatkan kesahihan bahawa mereka yang dikatakan telah melakukan kesalahan itu adalah sebenar-benarnya orang yang sememangnya melakukan kesalahan dan bukanlah orang yang tersilap identitinya atau lebih teruk lagi sekiranya identiti mereka telah disalahgunakan. Dalam sesetengah keadaan, usaha ini boleh dilakukan dengan agak pantas dan dalam keadaan lain, ianya memakan masa terutamanya apabila mereka ini menggunakan akaun palsu.
Sehubungan itu, MCMC sentiasa komited untuk membantu dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis agar kes-kes seperti ini dapat ditangani dengan baik selain memastikan sebaik boleh bahawa mereka yang benar-benar bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Oleh itu, MCMC meminta semua pihak bertenang dan tidak mengeruhkan keadaan dengan membuat pelbagai tohmahan. Perlu diingatkan juga supaya masyarakat umum tidak menyebar maklumat yang belum ditentukan kesahihannya kerana perbuatan menyebarkan maklumat yang tidak sahih boleh mencetuskan ketegangan dan menggugat keharmonian negara.
DATO' MOHAMED SHARIL TARMIZI
PENGERUSI
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)
Back
Print
Share this article
Public
Make a complaint
Online Content Problems
Special Consumer Issues
Procurement Notices
FAQs
MCMC Logo
Industry
Application For Licence
Registers
Spectrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Grants
E-Form
Resources
Publications
Industry
Statistics
Reports
Guidelines
Quick Links
E-Payment Portal
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Anti-competitive complaint form
Stay in Touch with MCMC
Subscribe our newsletter and get latest news and updates.
Email:
Follow