Akta Tandatangan Digital 1997 [Akta 562]
Merangkumi Pindaan terakhir - A1121/2001
Tarikh Perkenan Diraja | 18 Jun 1997 |
Tarikh penyiaran dalam Warta | 30 Jun 1997 |
Tarikh permulaan kuatkuasa | 1 Oktober 1998 [P.U.(B) 397/98] |
SUSUNAN SEKSYEN
Tajuk Panjang & Mukadimah
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai, dan untuk mengawalselia penggunaan, tandatangan digital dan untuk mengadakan peruntukan bagi maksud-maksud berkaitan dengannya.
[1 October 1998 -P.U.(B)397/98 ]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: