Pusat Media

Hari Standard Sedunia 2018: Panggilan Penyertaan Untuk Pertandingan Instagram

15 Okt 2018
CYBERJAYA, Oktober 15, 2018 ---  Bersempena dengan Hari Standard Sedunia 2018, Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), sedang menganjurkan satu pertandingan dalam Instagram.
 
Bertemakan “The International Standards and the 4th Industrial Revolution,” pertandingan yang bermula sejak 1 Oktober lalu dan berlarutan sehingga akhir bulan ini, bertujuan untuk mendapatkan pandangan awam bagaimana standard boleh berperanan sebagai pemangkin kepada Malaysia yang kini bergerak menuju ke Revolusi Industri ke-4.
 
Pertandingan tersebut terbuka kepada semua warganegara ini yang berumur 13 tahun dan ke atas. Ia menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM5,500 yang mana juara akan menerima wang tunai bernilai RM1,000. Bagi mereka yang ingin menyertai pertandingan itu, mereka perlulah mematuhi beberapa langkah mudah seperti berikut iaitu ikuti laman Instagram Standards Malaysia dan MCMC, kemudian menghantar semula poster rasmi Hari Standard Sedunia berserta kapsyen “Standard dapat merealisasikan Revolusi Industri 4.0 dengan…” tidak lebih daripada 30 patah perkataan dan memasukkan hashtag #wsd2018malaysia.
 
Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Datuk Fadilah Baharin berkata, “Revolusi Industri ke-4 sering kali dilihat daripada perspektif teknologi manakala impak sosialnya seolah-olah tidak kelihatan. Itu sebabnya menerusi pertandingan ini, kami ingin memberi penekanan kepada aspek sosial dan bagaimana ia boleh memberi impak kepada kehidupan penduduk dalam pelbagai cara.”
 
Sementara itu, Pengerusi MCMC, Al-Ishsal Ishak pula menjelaskan, “Dalam era digital, Internet of Things (IoT), Big Data, pengkomputeran awan serta kemajuan teknologi yang lain adalah kritikal dalam memacu negara ke arah Revolusi Industri ke-4. MCMC akan memastikan prasarana tersedia bagi memudahkan perubahan tersebut. Semuanya ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa standard yang berperanan sebagai satu rujukan bersama kepada semua yang terlibat.”
 
Untuk menyertai peraduan, sila layari:-
Instagram Jabatan Standard Malaysia:  @standards_my
Instagram MCMC: @skmm_mcmc
Kongsi artikel ini
Follow