Laman Sesawang Rasmi bagi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
MY
EN
Carian
Carian:
MY
EN
Carian:
Carian
HOME
MENGENAI KAMI
SEJARAH
VISI & MISI
AHLI-AHLI SURUHANJAYA
TANGGUNGJAWAB KAMI
KOMITMEN KAMI
LAPORAN TAHUNAN
SEKTOR
JALUR LEBAR
PERKHIDMATAN MUDAH ALIH
PERKHIDMATAN TALIAN TETAP
SATELIT
PENYIARAN
POS DAN KURIER
TANDATANGAN DIGITAL
PERDAGANGAN STRATEGIK
PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT
PERUNDANGAN
PERUNDANGAN
INSTRUMEN UNDANG-UNDANG
RESOLUSI PERSELISIHAN
BUKU DAFTAR
PUSAT MEDIA
BERITA RASMI
SISIPAN BERITA
PENGUMUMAN
GALERI FOTO
GALERI VIDEO
AKADEMI
KERJAYA
HUBUNGI KAMI
IBU PEJABAT
PEJABAT NEGERI
DIREKTORI
MAKLUMBALAS PENGALAMAN LAMAN WEB
KnowledgeHub
Integriti
Tahukah anda?
Aduan MCMC
Consumer
Licensee
Ikuti SKMM di Laman Sosial
Pusat Media
Laman Utama
Pusat Media
Berita Rasmi
MCMC Dan JKDM Mengambil Maklum Keputusan Kerajaan Untuk Laksana Sistem GST Atas Prabayar Berasaskan
Berita Rasmi
Pusat Media
MCMC Dan JKDM Mengambil Maklum Keputusan Kerajaan Untuk Laksana Sistem GST Atas Prabayar Berasaskan Penggunaan
15 Mei 2015
CYBERJAYA, Jumaat, 15 Mei -
Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengambil maklum pengumuman Yang Berhormat Menteri, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini mengenai keputusan kerajaan yang menetapkan bahawa GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) atas prabayar hanya akan dicaj semasa penggunaan sahaja; sebagai contoh, ketika membuat panggilan, menghantar pesanan ringkas atau melanggan jalur lebar. Ini bermakna kad tambah nilai prabayar telefon dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan.
“Pihak MCMC akan bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk memastikan pelaksanaan sistem GST berasaskan penggunaan berjaya dilaksanakan dalam tempoh enam bulan oleh syarikat telekomunikasi yang terlibat seperti yang diarahkan oleh kerajaan. Selain itu, pengauditan juga akan dilakukan bagi memastikan ketepatan nilai potongan GST berdasarkan nilai kredit yang telah digunakan,’’ kata Pengerusi MCMC, Dato’ Sri Dr. Halim Shafie.
Mengenai saranan Menteri supaya syarikat-syarikat telekomunikasi memperkenalkan diskaun untuk kumpulan sasar tertentu; sebagai contoh, golongan pelajar, perkara ini akan dipantau dari segi pelaksanaannya.
“JKDM akan mempergiat pemantauan ke atas pembangunan proses penukaran GST berasaskan penggunaan untuk tambah nilai prabayar agar pelaksanaan sistem ini berjalan lancar dan telus bagi mengelak kekeliruan yang akan timbul pada masa hadapan,’’ kata Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Sri Khazali bin Haji Ahmad.
Sementara itu, pengenaan GST atas tambah nilai prabayar akan diteruskan pada kaedah sedia ada sehingga sistem ‘beli RM10 dapat RM10’ dilaksanakan.
PDF
Kembali
Cetak
Kongsi artikel ini
Awam
Membuat Aduan
Masalah Kandungan Dalam Talian
Bagaimana untuk membuat aduan anda
Notis Perolehan
Soalan Lazim
Logo MCMC
Industri
Permohonan Lesen
Buku Daftar
Spektrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Trial, Experiment and Demonstration (TED)
Grants
E-Borang
Sumber
Penerbitan
Industri
Statistik
Penyenaraian
Garis Panduan
Pautan Pantas
Portal E-Payment
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Borang aduan tingkah laku anti-persaingan
Terus berhubungan dengan MCMC
Melanggan surat berita kami dan dapatkan berita terkini dan kemas kini.
Email:
Follow