Kenyataan Media: Warga B40 dan OKU yang Layak Berdaftar di Sabah & Sarawak boleh tuntut Dekoder Percuma MyFreeView di Pusat Pengagihan Terpilih​
- Sebanyak tujuh (7) pusat pengagihan, iaitu satu (1) di Sabah dan enam (6) lagi di Sarawak telah dikenal pasti untuk mengagihkan dekoder percuma kepada warga B40 dan golongan OKU
- Dekoder percuma ini memberi peluang kepada penduduk tempatan menikmati siaran TV Digital myFreeview yang berkualiti tanpa sebarang yuran bulanan
CYBERJAYA, 13 Februari 2020 --- Warga B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang layak dan berdaftar di negeri Sabah dan Sarawak, adalah digalakkan untuk menuntut dekoder percuma myFreeview di pusat-pusat pengagihan terdekat secara berperingkat bermula 15 Februari ini.
Sebanyak tujuh (7) pusat pengagihan, iaitu satu (1) di Sabah dan enam (6) lagi di Sarawak telah dikenal pasti untuk mengagihkan dekoder percuma kepada warga B40 dan golongan OKU tersebut daripada pukul 9:00 pagi hingga 4:30 petang. (sila lihat jadual di bawah).
PUSAT PENGAGIHAN DEKODER PERCUMA MYFREEVIEW DI SABAH
Lokasi |
Alamat |
Tarikh Pengagihan |
Kota Kinabalu
|
Kompleks Bersepadu KKMM, Off, Jalan Lintas, Kepayan |
20-22 Feb |
PUSAT PENGAGIHAN DEKODER PERCUMA MYFREEVIEW DI SARAWAK
Lokasi |
Alamat |
Tarikh Pengagihan |
Kuching
|
Aeroville Mall, Kuching
Lot 19923 (Phase 2) Block 11, Jalan Stutong Baru |
15-16 Feb |
E-Mart Batu Kawah, Kuching
Lot 6369, Block 225 KNLD, 4th Mile, Jalan Batu Kawa, Taman Desa Wira |
17-18 Feb |
Miri |
E-Mart Tudan, Miri
Emart Commercial Centre Block B, Phase 3, Jln Tudan, Tudan |
26 Feb |
Dewan Suarah Miri, Miri
Jalan Merdu |
27-28 Feb |
Bintulu |
Times Square Mall, Bintulu |
1-2 Mac |
Sibu |
SMK Nangka, Sibu
Jalan Tun Abang Haji Openg, Pekan Sibu |
7-8 Mac |
Orang ramai dinasihatkan untuk membawa bersama kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. Selain itu, sekiranya anda ingin menyemak kelayakan untuk mendapatkan dekoder percuma, sila mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Melalui SMS: Taip MYTV (jarak) DEKODER (jarak) (nombor kad pengenalan anda) dan hantar ke 15888, atau
- Layari: www.mytvbroadcasting.my/B40, atau
- Hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan myFreeview di talian 1-300-80-6988 atau 1-800-18-1088
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh layari
www.myFreeview.tv atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1-800-18-1088 atau 1-300-80-6988 daripada pukul 8:00 pagi sehingga 10:00 malam setiap hari, termasuk cuti umum. Permohonan set dekoder percuma untuk warga B40 yang layak juga boleh dibuat melalui e-mel ke digitaltv@mcmc.gov.my.
Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
MCMC adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (ASKMM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. MCMC mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital. Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada MCMC peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri. Untuk maklumat lanjut, layari www.mcmc.gov.my atau hubungi:
Kamalavacini Ramanathan
Pengarah, Jabatan Komunikasi Korporat
+60102251073
Markus Lim Han King
Timbalan Pengarah, Jabatan Komunikasi Korporat
+6012-2995027
Mohd Faizal Azizan
Timbalan Pengarah, Jabatan Komunikasi Korporat
+6011-2828 6745
PDF