Pusat Media

Penemuduga Sambilan

03 Jan 2015
 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempelawa pemohon yang berminat untuk memohon jawatan Penemuduga Sambilan di Pusat Pungutan Data Berkomputer di CYBERJAYA dan KUALA LUMPUR.

Tugas tersebut tidak melibatkan aktiviti jualan dan ganjaran adalah berdasarkan bilangan temubual yang diselesaikan. Sekiranya anda peramah, sentiasa sabar dan bersopan-santun dalam perbualan, kami ingin berjumpa dengan anda.
 
Tanggungjawab
• Menjalankan pelbagai kajian melalui temubual telefon
• Mematuhi polisi dan prosedur dalam mengendalikan kajian
• Bekerja sebagai satu pasukan
• Merahsiakan maklumat responden

Anda tidak perlu memohon sekiranya anda pernah ditemuduga untuk jawatan ini

 PDF

Kongsi artikel ini
Follow