Pusat Media

Memorandum Persefahaman Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Pembangunan Modal Insan (SKMM-UTM)

27 Nov 2013
Memorandum Persefahaman Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Pembangunan Modal Insan Di Antara SKMM-UTM



Kerjasama di antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembangunan modal insan telah dimeterai pada 26 Julai 2011 bagi tempoh jangka masa 3 tahun.
 
2.  Dalam MoU tersebut, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dalam bidang-bidang strategik termasuk:-
  • Long Term Evolution (LTE)
  • Penyatuan Teknologi Mudah Alih dan Penyiaran
  • Protokol Internet dalam Rangkaian Selular
  • Pancaran Frekuensi Industri Mudah Alih (WIE)
 
3. Sehingga kini, pelaksanaan kerjasama ini telah berjaya membangunkan satu-satunya makmal LTE yang berteraskan teknologi selular generasi ke-4 (4G) di Malaysia.  Selain tujuan penyelidikan, makmal tersebut digunakan sebagai platform latihan untuk memperkasakan pengetahuan di kalangan warga kerja SKMM dan industri. Setiap tahun, kerjasama ini berjaya menyediakan sejumlah kursus berjadual dalam bidang teknologi dan spektrum.
 
4. Kerjasama ini juga sedang dalam rangka kerja penubuhan makmal WIE dan Specific Absorption Rate (SAR) yang dijangka siap pada tahun 2014. Kesemua makmal ini ditempatkan di Wireless Communication Center (WCC), UTM Skudai.
 
5. Ketersediaan prasarana ini dijangka dapat menggalakkan inovasi, eksplorasi dan penambahbaikan sektor teknologi komunikasi dan multimedia di masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://wcc.utm.my/
Kongsi artikel ini
Follow