Pusat Media

Sambutan Ulangtahun ke-12 Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia

08 Mac 2013
SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-12 FORUM PENGGUNA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA



Sempena menyambut ulangtahun yang ke-12 sebagai forum yang membantu pengguna mendapatkan perkhidmatan telekomunikasi yang lebih berkualiti, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), kami amat teruja untuk mengumumkan peraduan online kami iaitu ‘Ikrar Paling Kreatif’. Peraduan ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan lagi kami dengan pengguna serta menambahkan lagi kefahaman mereka tentang fungsi CFM dalam industri komunikasi dan multimedia.

Peraduan bermula pada 15 Feb 2013 sehingga 31st Mac dimana pemenang-pemenang akan mendapat hadiah-hadiah yang menarik termasuk Ipad Mini dan telefon-telefon pintar. Selain itu juga, ikrar yang menjadi pilihan akan dirangka di pejabat CFM dan dipaparkan di laman web korporat kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, anda boleh layari Facebook Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (  www.facebook.com/consumer.forum.malaysia ) dan menyokong kami dengan mengklik butang “LIKES” pada laman utama. Kami juga berharap agar pihak anda dapat berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan tentang peraduan ini.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi Cik Dzareen menerusi e-mel : dzareen@cfm.my atau talian umum di 03-2692 3800 
Kongsi artikel ini
Follow