Media & Events

MCMC Menyambut Baik Pengumuman Bajet 2019 mengenai Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan

05 Nov 2018
CYBERJAYA
5 November 2018
 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyambut baik pengumuman dalam Bajet 2019 mengenai Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan (National Fiberisation and Connectivity Plan) [NFCP] sejajar dengan hasrat kerajaan memperkembangkan infrastruktur jalur lebar negara.
 
Pelan NFCP ini bukan sahaja akan memastikan rakyat berpeluang menikmati pelbagai perkhidmatan menerusi capaian infrastruktur berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan, tetapi juga menyokong perkembangan ekonomi digital dan Revolusi Industri 4.0.
 
Sehubungan dengan itu, MCMC akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk merangka inisiatif-inisiatif yang sesuai serta menggalakkan persaingan dalam sektor ini bagi mempercepatkan penyediaan infrastruktur tersebut. 
Pelan NFCP ini akan memberi tumpuan kepada perkembangan rangkaian gentian optik sedia ada, pemasangan sistem gentian optik dasar laut serta pelaksanaan pembinaan rangkaian gigabit di beberapa kawasan ibu negeri dan kawasan industri terpilih termasuk di Sabah dan Sarawak bermula tahun 2019.
Bagi memastikan liputan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar dan terpencil, MCMC juga akan memastikan pengagihan spektrum yang berkaitan dilaksanakan dengan cara yang lebih efektif.
 
 
Share this article
Follow