Official Website of
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
EN
MY
Search
Search:
EN
MY
Search:
Search
HOME
ABOUT US
HISTORY
VISION & MISSION
COMMISSION MEMBERS
OUR RESPONSIBILITY
OUR COMMITMENT
ANNUAL REPORTS
SECTOR
BROADBAND
MOBILE SERVICES
FIXED SERVICES
SATELLITE
BROADCASTING
POSTAL AND COURIER SERVICES
DIGITAL SIGNATURE
STRATEGIC TRADE
UNIVERSAL SERVICE PROVISION
LEGAL
LEGISLATION
INSTRUMENT
DISPUTE RESOLUTION
REGISTERS
MEDIA & EVENTS
PRESS RELEASES
PRESS CLIPPINGS
ANNOUNCEMENTS
PHOTO GALLERY
VIDEO GALLERY
ACADEMY
CAREER
CONTACT
HEADQUARTERS
STATE OFFICES
DIRECTORY
WEBSITE EXPERIENCE FEEDBACK
KnowledgeHub
Integrity
Did you know?
Make a complaint
Consumer
Licensee
Follow MCMC in Social Media
Media & Events
Home
Media & Events
Press Releases
MCMC Dan PDRM Tangkap Beberapa Individu Salah Guna Media Sosial, Peranti-Peranti Komunikasi Disita
Press Releases
Media & Events
MCMC Dan PDRM Tangkap Beberapa Individu Salah Guna Media Sosial, Peranti-Peranti Komunikasi Disita
22 Aug 2015
CYBERJAYA, 22 Ogos 2015 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan operasi menangkap beberapa individu di beberapa buah premis di Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang baru-baru ini, kerana menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi dan media sosial. Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin memaklumkan, semasa operasi tersebut, beberapa kelengkapan atau peranti komunikasi milik suspek-suspek disita dan rakaman percakapan mereka turut diambil bagi membantu siasatan. Antara peranti-peranti komunikasi yang dirampas termasuk telefon bimbit, kad sim, pendrive, komputer riba, modem dan Samsung Tab. Menurutnya, operasi tersebut dijalankan berdasarkan kepada aduan awam yang diterima terhadap beberapa suspek yang telah memuatnaik kandungan lucah di laman blog, menghantar kandungan lucah dan jelik melalui teks pesanan ringkas (SMS) dan e-mel serta membuat panggilan palsu ke Pusat Perkhidmatan Talian Kecemasan 999. Kesemua perbuatan yang dilakukan itu merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. “MCMC memandang serius mengenai penyalahgunaan media sosial dan perkhidmatan komunikasi dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang seperti diperuntukkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. “Kami juga mengucapkan terima kasih kepada individu-individu yang telah membantu mengenalpasti suspek-suspek dan berharap orang awam menyalurkan maklumat penyalahgunaan media sosial dan perkhidmatan komunikasi kepada pihak berkuasa daripada memaparkan penyalahgunaan tersebut di media sosial,” tegasnya. Dalam perkembangan berkaitan, MCMC juga meminta Muhamad Rais bin Ramlee No K/P: 931223-03-6023 untuk menghubungi pegawai penyaiasat MCMC, Encik Akmal Hamdy di talian 03-8688 8000 atau hadir ke ibu pejabat MCMC untuk membantu siasatan. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali. TAMAT/
Back
Print
Share this article
Public
Make a complaint
Online Content Problems
Special Consumer Issues
Procurement Notices
FAQs
MCMC Logo
Industry
Application For Licence
Registers
Spectrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Trial, Experiment and Demonstration (TED)
Grants
E-Form
Resources
Publications
Industry
Statistics
Reports
Guidelines
Quick Links
E-Payment Portal
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Anti-competitive complaint form
Stay in Touch with MCMC
Subscribe our newsletter and get latest news and updates.
Email:
Follow