Media & Events

Sabah mulakan persiapan ke arah penerimagunaan tandatangan digital

08 Dec 2023, Berita Harian
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mula mengambil langkah mempersiapkan diri ke arah penerimagunaan tandatangan digital (TTD) dalam sektor awam negeri bagi menambah baik perkhidmatan digital yang dilaksanakan dalam sistem pentadbiran negeri ini menjelang 2025.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Dr Ahemad Sade, berkata sejajar aspirasi itu, kerajaan negeri mahu penjawat awam negeri memahami secara mendalam konsep berasaskan teknologi digital itu.

"Untuk itu, saya menggalakkan anda untuk tidak segan silu bertanyakan soalan atau mengemukakan kemusykilan kerana ini adalah platform terbaik memandangkan pemegang taruh yang terbabit dalam ekosistem tandatangan digital ada bersama kita," katanya merasmikan Simposium Tandatangan Digital MCMC 2023 peringkat negeri Sabah, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Shamsul Izhan Abdul Majid.

Ia bertujuan memberi kesedaran dan mempromosi penggunaan tandatangan digital dalam kalangan agensi kerajaan, sektor korporat dan pengguna individu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai aspirasi MyDigital iaitu penerimagunaan sepenuhnya tandatangan digital dalam sektor awam menjelang 2025.

Share this article
Follow