Media & Events

KKD terima Anugerah Pengiktirafan Pengerusi MCMC CDEP Top Participation 2023

11 Oct 2023, RTM
KUALA LUMPUR, 11 Oktober - Program Pembangunan Kapasiti MCMC (CDEP) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dilihat dapat meningkatkan lagi pembangunan kapasiti dan keupayaan serta inovasi untuk kekal di hadapan dan terus berdaya saing dalam pasaran global.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil dengan adanya ia dapat mengarap lebih ramai lagi pemain industri untuk menyertai program seperti ini bagi melahirkan lagi tenaga kerja yang lebih profesional.

"Dalam proses digitalisasi memerlukan lebih ramai tenaga kerja yang berkemampuan yang faham dan fasih dan berdaya saing terutamana dalam sektor komunikasi dan multimedia ini, jadi kita harap dapat membantu perkembangan industri dan sektor komunikasi dan multimedia," kata Fahmi selepas Majlis Malam Anugerah Pembangunan Kapisiti MCMC 2023, di sini.

KKD merupakan antara lima organisasi terbaik yang telah mendapat Anugerah Pengiktirafan Pengerusi MCMC Capacity Development Programme (CDEP) Top Participation 2023.

Turut hadir Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Antara agensi lain yang berjaya mendapat anugerah tersebut ialah Kementerian Kesihatan, Agensi Nuklear Malaysia, Maxis Broadband Sdn Bhd dan Heriot -Watt Universiti Malaysia (UM).

Sementara itu, susulan perjumpaan beliau bersama-sama pengurusan tertinggi TikTok petang tadi Fahmi memaklumkan kenyataan media berkenaan perjumpaan itu akan dikeluarkan pihaknya esok.

"Jadi kita telah mengadakan pertemuan dengan pihak TikTok tapi Insya-Allah pagi esok saya akan terbitkan kenyataan media penuh yang mengandungi isi kandungan perbincangan, jadi bagi saya ini pertemuan yang penting dan Insya-Allah pagi esok kita akan terbitkan kenyataan," katanya.
Share this article
Follow