Media & Events

970 pelajar di Setiawangsa terima komputer riba

01 May 2012, Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 1 Mei - Sebanyak 970 pelajar di sekitar Setiawangsa menerima sumbangan komputer riba 1Malaysia bagi membantu mereka mengulang kaji serta mencari maklumat bagi membantu proses pembelajaran. Seorang penerima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Panas, Vivian Kong Weng Yi, 16, berkata, dia gembira kerana hasratnya untuk memiliki komputer riba sendiri tercapai apabila terpilih untuk menerima sumbangan itu. Menurutnya, komputer riba itu akan digunakan untuk mengulang kaji pelajaran selain mencari maklumat untuk menyertai pertandingan robotik yang akan disertai oleh sekolahnya kelak. "Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan sumbangan komputer riba ini kepada kami semua," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian komputer riba tersebut di Stadium Tertutup Taman Tasik Titiwangsa di sini baru-baru ini.
Share this article
Follow