Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) di Kuantan, Pahang

Susulan beberapa Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) yang dilakukan buat julung kali di Parlimen, Kuala Lumpur pada 9 Januari 2024 dan kali kedua di Melaka pada 24 Januari 2024, Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil bersama-sama MCMC telah memilih Kuantan, Pahang sebagai lokasi ketiga bagi ujian ini.

Ujian dilakukan di sepanjang laluan daripada Swiss-Garden Beach Resort Kuantan ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) FELDA Bukit Goh melalui beberapa jalan dan kawasan utama di Kuantan.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md. Isa; dan wakil-wakil daripada penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Unifi Mobile (TM) dan YES (YTL) .

MCMC akan terus memantau perkara ini sepanjang suku pertama tahun 2024 dan akan mengemukakan laporan kepada Kementerian Komunikasi.

#KementerianKomunikasi
#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow