Sesi libat urus dan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah Bera

MCMC melalui MCMC Pejabat Negeri Pahang telah mengadakan sesi libat urus dan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah Bera pada 21 Februari 2024.

Delegasi MCMC telah disambut oleh Pegawai Daerah Bera, YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif yang turut disertai oleh wakil-wakil dari Majlis Daerah Bera, Pejabat DUN Kemayan, Pejabat DUN Guai, Pejabat DUN Triang, Rejimen Ke-34 Artileri Diraja Kem Bera, Hospital Bera, Pejabat Kesihatan Daerah Bera dan beberapa lagi agensi di peringkat daerah.

Semasa sesi tersebut, MCMC telah menyampaikan taklimat status pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan penerangan tentang tindakan MCMC menangani aduan pengguna khususnya di daerah Bera.

#MCMC
#JENDELA
#PDTBERA
 
 
Related Content
Share this article
Follow