Sambutan Hari Pos Sedunia 2023 yang berlangsung di Ibu Pejabat Pos Malaysia

Sekitar Sambutan Hari Pos Sedunia 2023 yang berlangsung di Ibu Pejabat Pos Malaysia pada 9 Oktober 2023.

Bertemakan “Kepercayaan Bersama: Bekerjasama Demi Masa Depan yang Selamat dan Terhubung”, sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil diiringi oleh timbalannya, YB Teo Nie Ching.

Pada sambutan tersebut, YB Fahmi merakamkan penghargaan kepada Pos Malaysia dan seluruh warga kerjanya atas inisiatif yang telah dilaksanakan.

Antara inisiatif yang dimaksudkan adalah memperluas liputan capaian perkhidmatan pos di seluruh negara melalui rangkaian pejabat pos, pos mini dan "Pick Up Drop Off" di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), serta penyediaan peluang pekerjaan kepada komuniti luar bandar di Sabah dan Sarawak seperti Posmen Komuniti dan Wakil Posmen Komuniti.

#HariPosSedunia2023
#KKD
#MCMC
#TogetherForTrust
#WPD2023
 
 
Related Content
Share this article
Follow