Program ‘Carbon Footprint En Route to Nature’, di Taman Tasik Cyberjaya

MCMC telah menganjurkan Program ‘Carbon Footprint En Route to Nature’, di Taman Tasik Cyberjaya, Selangor sempena ulang tahun MCMC ke-25 pada siang tadi.

Sambutan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching dan turut diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi MCMC, YBhg. Dato’ Mohd Ali Hanafiah Bin Mohd Yunus serta Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin.

Inisiatif ini adalah selari dengan tema sambutan ulang tahun MCMC ke-25 iaitu ‘Harmoni Digital, Simfoni Bumi’.

MCMC bukan sahaja komited dalam pembangunan digital tetapi juga dedikasi yang tinggi terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Inisiatif sebegini mampu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menambah baik ekosistem dan biodiversiti negara. 

#KKD
#MCMC
#UlangTahunKe25MCMC
#HarmoniDigitalSimfoniBumi
 
 
Related Content
Share this article
Follow