Program Pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU) Celik Digital

Sekitar Program Pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU) Celik Digital di Dewan Merbau, Pusat Komuniti Pantai Eco Park, di ibu negara siang tadi.

Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digitial, YB Fahmi Fadzil dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Pembangunan Industri MCMC, En. Muhammad Razali Anuar serta Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan, En. Alyas Hj Amir.

Program ini merupakan platform untuk mempromosi inisiatif oleh MCMC bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti OKU tentang penggunaan teknologi digital secara positif dan bijak.

Selain itu, program ini turut menjadi platform advokasi untuk mendidik pengguna Internet agar berwaspada terhadap risiko dan ancaman dalam talian.

#KKD
#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow