Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kuala Selangor

MCMC melalui MCMC Pejabat Negeri Selangor telah hadir ke Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kuala Selangor bagi membuat semakan kepada tahap perkhidmatan komunikasi di sepanjang program berlangsung dari 23 - 25 Feb 2024. 

Tiga struktur komunikasi sementara telah dipasang di lokasi program dan berdasarkan semakan, tahap perkhidmatan dalam keadaan baik untuk semua talian komunikasi. MCMC akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan kualiti perkhidmatan komunikasi di tahap yang baik dan bersedia menampung penggunaan perkhidmatan yang tinggi sepanjang program ini.

Selain itu, MCMC turut mengambil bahagian dalam acara pameran melalui reruai Kementerian Komunikasi dan ada menawarkan Pakej Rahmah Pra Bayar Internet Mudah Alih secara percuma kepada kumpulan sasar yang berkelayakan.

#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow