Pelancaran Program Kembara Digital Malaysia (KDM) 2019

Usaha MCMC untuk mewujudkan kesedaran awam berhubung inisiatif-inisiatif digitalnya diteruskan. 

Terkini, #MCMC mengambil bahagian dalam Program Kembara Digital Malaysia (KDM) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan kerjasama kerajaan negeri di Ipoh, Perak pagi tadi.

Program itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Tn. Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi & Multimedia, KSU #KKMM, Dato' Suriani binti Dato' Ahmad dan Pengerusi MCMC Al-Ishsal Ishak serta dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang mewakili Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

 
 
 
Related Content
Share this article
Follow