Persidangan Pasca-HAWANA 2023

Persidangan Pasca-HAWANA 2023 yang bertemakan "Malaysia’s Quest for a Sustainable Media Landscape" telah dianjurkan oleh The National Press Club Malaysia (NPC) di Cyberjaya pagi tadi. 

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching. Turut hadir, Duta Besar Perancis, TYT Axel Cruau; Duta Besar Norway, TYT Morten Paulsen dan Presiden NPC, YBhg. Datuk Ahirudin Attan.

Sesi perbincangan bertajuk “Media Ecosystem and the Future of Sustainable Journalism” turut mengetengahkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Big Boom Media Sdn Bhd, YBhg. Dato’ Zainul Arifin; Kolumnis / Ahli Jawatankuasa NPC, Encik Abdul Rahmat Omar; Ketua Bahagian Hal Ehwal Pengguna & Industri MCMC, Puan Eneng Faridah Iskandar sebagai ahli panel.

#NPC
#MCMC
#KKD
 
 
Related Content
Share this article
Follow