Perasmian menara telekomunikasi di Kampung Gana, Papar, Sabah

Kira-kira 500 penduduk di Kampung Gana, Papar, Sabah kini dapat menikmati kualiti Internet yang lebih baik dengan adanya menara telekomunikasi yang baharu dan telah beroperasi sepenuhnya sejak awal bulan September 2023.

Perasmian menara ini telah disempurnakan oleh ADUN Limbahau, YB Datuk Juil Nuatim yang mewakili YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas).

MCMC terus komited dalam memperluaskan liputan dan mengukuhkan kualiti pengalaman jalur lebar kepada pengguna di negara ini melalui pelan JENDELA secara lancar.

#KKD
#JENDELA
#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow