Pemasangan peranti Starlink di Kampung Langsat, Ranau, Sabah

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), YB Fahmi Fadzil hari ini turun padang ke Kampung Langsat, Ranau, Sabah bagi meninjau peranti Starlink yang telah dipasang di kampung ini.

Beliau diiringi Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri, Encik Bukhari Yahya dan Pengarah Negeri Pejabat Negeri Sabah, Encik Izani Othman.

Kampung Langsat merupakan lokasi kedua di Sabah selepas pemasangan peranti Starlink di Sekolah Kebangsaan Malaing di Keningau.

Pemasangan Starlink ini dapat membantu menyelesaikan masalah Internet khususnya di kawasan pedalaman dan dapat memberi manfaat dalam meningkatkan taraf hidup  rakyat khususnya bagi tujuan pendidikan dan penglibatan dalam ekonomi digital.

#KKD
#MCMC
#Starlink
#SpaceX
 
 
Related Content
Share this article
Follow