MCMC Negeri Kelantan turun padang menyantuni aduan telekomunikasi pihak Pasukan Gerakan AM (PGA), Polis Diraja Malaysia

MCMC Negeri Kelantan turun padang menyantuni aduan telekomunikasi yang dilaporkan oleh pihak Pasukan Gerakan AM (PGA), Polis Diraja Malaysia. 

MCMC bersama-sama PGA telah menjalankan semakan liputan di tiga lokasi aduan Pos Kawalan PGA yang dilaporkan iaitu Pos Sharifah, Pos SP Serongga dan Pos Saleh Berek. 

Hasil semakan ini akan diteliti oleh MCMC untuk tindakan lanjut serta dikongsi dengan pihak penyedia perkhidmatan untuk penambahbaikan. Selain itu, semakan liputan di beberapa lokasi Pos Kawalan PGA yang lain akan turut dijalankan. 

MCMC sentiasa melaksanakan pemantauan audit kualiti perkhidmatan secara responsif dan bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi menangani aduan-aduan yang dikemukakan selain memastikan kualiti liputan Internet berada pada tahap memuaskan demi kemudahan penduduk.

#МСМС
#KELANTAN
 
 
Related Content
Share this article
Follow