Malam Anugerah Pembangunan Kapasiti MCMC 2023

MCMC telah menganjurkan Malam Anugerah Pembangunan Kapasiti MCMC 2023 yang dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil di Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2023.

Penganjuran acara ini bertujuan untuk meraikan pencapaian individu dan organisasi yang komited menyertai serta menyokong program-program pembangunan kapasiti MCMC.

Acara malam tadi juga turut menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama di antara MCMC dan Jabatan Tenaga Manusia.

YB Fahmi Fadzil turut menyampaikan anugerah kepada para penerima bagi dua kategori iaitu Anugerah Peserta Cemerlang untuk Converged Telecommunication Policy and Regulations (CTPR) Masterclass 2023 serta Anugerah Pengiktirafan Pengerusi MCMC bagi Penyertaan Terbaik Program Pembangunan Kapasiti (CDeP) 2023.

#CDC2023
#MCMC
#KKD
 
 
Related Content
Share this article
Follow