Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Klik Dengan Bijak

Sekitar Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Klik Dengan Bijak di Auditorium MCMC Tower 1, Cyberjaya hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Fahmi Fadzil , Menteri Komunikasi dan Digital. 

Majlis yang bertemakan “Ke Arah Dunia Siber yang Positif” ini dianjurkan bagi meraikan Inisiatif Klik Dengan Bijak®️ (KDB) yang telah diperkenalkan oleh MCMC sejak tahun 2012.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching (张念群) ; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek; Pengerusi Interim MCMC, serta YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain.

KDB akan terus memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai ancaman-ancaman siber yang baharu agar rakyat Malaysia lebih berwaspada mengenai isu-isu keselamatan siber.
 
 
Related Content
Share this article
Follow