Majlis Penyerahan Sijil Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) bersama Institusi Pengajian Tinggi dan Karnival Klik Dengan Bijak (KDB) 2023 yang berlangsung di UniMAP, Perlis

MCMC dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada sukarelawan yang berjaya menjadi ejen advokasi media sosial melalui Majlis Penyerahan Sijil Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) bersama Institusi Pengajian Tinggi dan Karnival Klik Dengan Bijak (KDB) 2023 yang berlangsung di UniMAP, Perlis semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Pembangunan MCMC, Puan Bawani Selvaratnam dan Naib Canselor UniMAP, Prof Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli.

Melalui program ini, para sukarelawan telah berjaya melaksanakan 147 aktiviti kesukarelawanan dengan sejumlah 28,000 capaian audiens dan menyumbang sebanyak 1,844 jumlah jam sukarelawan secara kumulatif.

#KDB
#MCMC
#MIV
#UNIMAP
 
 
Related Content
Share this article
Follow