Majlis Penyerahan Komputer Riba dan Pencetak Mudah Alih bagi kegunaan Pasukan Petugas (Task Force) MCMC-PDRM Selangor

Sekitar Majlis Penyerahan Komputer Riba dan Pencetak Mudah Alih bagi kegunaan Pasukan Petugas (Task Force) MCMC-PDRM Selangor di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya hari ini.

Delegasi PDRM diketuai oleh Ketua Polis Selangor, Dato’ Hussein Omar Khan dan disambut mesra Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din serta barisan Pengurusan Kanan MCMC.

Selaku badan kawal selia komunikasi dan multimedia di Malaysia, MCMC memandang serius penularan isu jenayah dalam talian. Kerjasama yang terjalin dengan PDRM diyakini dapat mengekang penularan jenayah ini demi menjaga keharmonian masyarakat dan negara.

#KKD
#MCMC
#PDRM
 
 
Related Content
Share this article
Follow