Lawatan kerja YB Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak ke struktur menara telekomunikasi di Kampung Ketior Masjid, Manong, Perak

MCMC melalui Pejabat Negeri MCMC Perak telah mengadakan kolaborasi strategik bersama YB Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak (COMME) untuk mengadakan lawatan kerja ke struktur menara telekomunikasi di Kampung Ketior Masjid, Manong, Perak yang telah beroperasi sejak 30 November 2023.

Program Jelajah dan lawatan ini diketuai oleh YB Exco, YB Mohd Azlan Helmi bin Helmi turut disertai oleh Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC, YBrs. Tuan Haji Bukhari bin Yahya, YB ADUN Manong YB Berhanuddin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak; Encik Mohamad Suhaimi bin Mohamad Tahir,  pihak Jabatan Penerangan Daerah, pegawai dari Majlis Daerah, pegawai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Edotco dan Celcomdigi.

Jalinan dan kerjasama strategik di antara MCMC dan kerajaan Negeri Perak akan diteruskan dalam usaha memacu pembangunan jaringan komunikasi dan ekonomi digital yang lebih mampan.

 #MCMC 
#JENDELA
 
 
Related Content
Share this article
Follow