Lawatan kerja Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) ke Kelantan

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), YB Fahmi Fadzil telah mengadakan lawatan kerja sehari pada hari ini ke Kelantan bagi memantau fasiliti telekomunikasi di menara telekomunikasi, Kampung Bendang Pok Yong, Tumpat yang terjejas akibat banjir.

Lawatan YB Menteri turut disertai oleh Ketua Setiausaha KKD, YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek serta Ketua Pegawai Operasi MCMC, YBhg. Dato' Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Tinjauan ke menara telekomunikasi milik syarikat Celcom yang menggunakan konsep Multi Operator Core Network (MOCN) antara syarikat Celcom, Digi dan Maxis mendapati usaha penambahbaikan telah pun dilaksanakan oleh MCMC.

Pihak MCMC sentiasa memastikan rakyat menerima kualiti perkhidmatan dan liputan yang menyeluruh serta pengalaman pengguna yang memuaskan.
 
 
Related Content
Share this article
Follow