Lawatan kerja Menteri Komunikasi dan Digital ke MCMC

Menteri Komunikasi dan Digital; YB Fahmi Fadzil telah menghadiri lawatan kerja ke MCMC di Cyberjaya. Lawatan YBM ini disambut baik oleh seluruh pengurusan tertinggi MCMC yang diketuai oleh Pengerusi Interim, Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din dan juga Ahli- ahli Suruhanjaya.

Antara mandat yang telah disampaikan oleh YB Menteri kepada MCMC adalah supaya memperkukuhkan kawal selia kandungan di media sosial, mempercepatkan pelaksanaan 5G dan meningkatkan kesalinghubungan digital dalam negara.

MCMC akan sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan yang ditambah baik dan menggunakan kemudahan ke arah membina kejayaan dan kemajuan. 
 
 
Related Content
Share this article
Follow