Lawatan kerja ke pejabat Digital Nasional Berhad (DNB) oleh MCMC Pulau Pinang

MCMC telah mengadakan lawatan kerja bersama delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Pengerusi Jawatankuasa MMK Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, YB Zairil Khir Johari ke pejabat Digital Nasional Berhad (DNB) pada hari ini.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman mengenai penggunaan teknologi 5G dalam pelbagai sektor, termasuk industri pengangkutan, pembuatan, penjagaan kesihatan, bandaraya pintar, keselamatan awam, logistik, pengawasan, dan keselamatan. 

Delegasi ini juga telah melawat Network Operation Center (NOC) dan Security Operation Center (SOC) untuk memastikan kualiti perkhidmatan teknologi 5G dapat terjamin.

#MCMC
#5G
 
 
Related Content
Share this article
Follow