Kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi antara MCMC dan SPRM. 

Diharapkan pertemuan dua (2) mata ini dapat terus memperkasa hubungan antara kedua-dua agensi dalam misi ke arah pemerkasaan integriti, ketelusan dan tata kelola yang baik.
 
 
Related Content
Share this article
Follow