Kunjungan hormat ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan

MCMC Negeri Sembilan diketuai oleh YBrs. Tuan Ts. Md Tahir Musa telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Negeri Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, YBrs. Tuan Ir. Wan Hasnan Wan Musa pada 24 Januari 2024 di Wisma Negeri, Seremban.

Sesi kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan strategik antara agensi, taklimat pembentangan JENDELA serta perkongsian komitmen pihak JKR Negeri Sembilan yang telah membantu serta memudah cara dalam pelaksanaan JENDELA di Negeri Sembilan.

Diharapkan kerjasama strategik antara agensi berterusan bagi meningkatkan kesalinghubungan digital yang lebih mampan untuk rakyat di Negeri Sembilan.

#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow