Kolaborasi Strategik Karnival Sains Matrikulasi Peringkat Kebangsaan, Hari Terbuka & Karnival Pendidikan Kerjaya KMPP 2023

MCMC Pulau Pinang (PPSO) bersama Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) telah mengadakan kolaborasi strategik pada 13-14 Oktober 2023 bertempat di KMPP bagi menjayakan Karnival Sains Matrikulasi Peringkat Kebangsaan, Hari Terbuka & Karnival Pendidikan Kerjaya KMPP 2023 bersama 21 agensi kerajaan dan swasta, 17 Kolej Matrikulasi KPM serta Kolej MARA, 100 Sekolah Rendah dan 110 Sekolah Menengah.

Pada karnival ini, MCMC berperanan menyampaikan mesej advokasi kepada orang awam yang hadir, para pelajar serta agensi yang terlibat mengenai inisiatif MCMC, kepentingan Keselamatan Siber dan Kawalan Kendiri menerusi pameran reruai interaktif Klik Dengan Bijak (KDB). Turut diadakan adalah kuiz KDB secara dalam talian melalui penggunaan kod QR.

#KDB
#MCMC
#KKD
 
 
Related Content
Share this article
Follow