Adakah saya boleh mendapatkan semula bayaran balik fi AA yang telah dibayar sehingga 31 Disember 2022 (tempoh AA saya adalah sah sehingga tarikh tersebut)?
Ya. Fi pembaharuan AA bagi tempoh 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022 yang telah dibayar akan dibayar semula oleh MCMC. Pemohon boleh berhubung dengan pihak MCMC berkenaan proses pembayaran balik fi AA melalui emel seperti berikut:aa.refund@mcmc.gov.my.
Untuk makluman, pembayaran balik fi AA akan diberi kepada pemegang-pemegang AA yang telah membayar fi pembaharuan kepada MCMC sebelum ini untuk tempoh AA dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2025 sahaja. Pembayaran balik fi AA ini akan melibatkan pemegang-pemegang AA yang yang terlibat dalam tempoh tersebut dan dibuat secara sekali sahaja.
Borang berkenaan Permohonan Pulangan Bayaran Balik Fi AA boleh didapati di pautan seperti berikut: Borang Permohonan
Related Content