Jenis Orbit

 
  • Kebanyakan satelit adalah dibina khas untuk melaksanakan misi dan fungsi yang tertentu. Terdapat pelbagai kegunaan satelit yang mentakrifkan muatannya dan jenis konfigurasi orbitnya.

  • Terdapat 2 jenis orbit satelit:
 

      Non-Geostationary Orbit ("NGSO")

  • Low earth orbit ("LEO"), Medium Earth orbit ("MEO"), High Earth orbit ("HEO").
  • Tiungsat-1 dan Razaksat, yang merupakan satelit NGSO Malaysia yang terawal, dilancarkan pada September 2000 dan Julai 2009.
  • International Space Station ("ISS") mengorbit Bumi pada ketinggian purata kira-kira 400km.
  • Bilangan buruj NGSO (termasuk satelit LEO dan MEO) semakin meningkat terutama untuk perkhidmatan jalur lebar.

     Geostationary Orbit ("GSO")

  • Pada ketinggian 36,000 km di atas khatulistiwa, satelit GSO kekal di kedudukan tetap merujuk kepada satu titik tertentu di permukaan Bumi.
  • Ia berupaya untuk memberikan liputan seluas lebih kurang satu pertiga daripada permukaan Bumi.
  • MEASAT-1 dan -2 adalah satelit milik persendirian pertama Malaysia yang dilancarkan pada Januari dan Nov 1996.
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow