Sektor

Inisiatif Satelit di Malaysia


 
 
 
  • Pada tahun 1992, MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd “MEASAT” (dahulunya dikenali sebagai Binariang Sdn Bhd) telah diberi piagam untuk membangunkan sistem komunikasi satelit pertama di Malaysia.

  • Astronautic Technology Sdn Bhd (“ATSB”) telah ditubuhkan pada tahun 1995 sebagai sebuah syarikat milik penuh di bawah Kementerian Kewangan, yang menumpukan pada penyelidikan dan pembangunan dalam bidang reka bentuk dan sistem  menggunakan teknologi termaju dan inovatif. Bagaimanapun, syarikat itu tidak lagi beroperasi sejak Mac 2020.

  • Pusat Penderiaan Jauh Malaysia (“MACRES”) telah ditubuhkan pada 1988 dengan peranan melaksanakan penyelidikan dan pembangunan dalam aplikasi penderiaan jauh angkasa lepas dan teknologi berkaitan serta pengedaran data satelit penderiaan jauh. Pada tahun 2008, MACRES telah dinaik taraf sebagai jabatan kerajaan penuh dan dikenali sebagai Agensi Penderiaan Jauh Malaysia (“ARSM”).

  • Agensi Angkasa Negara Malaysia (“ANGKASA”) telah ditubuhkan pada tahun 2002 dengan mandat untuk menggubal dasar dan peraturan, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti angkasa lepas di Malaysia. Seterusnya, Agensi Angkasa Malaysia (“MYSA”) telah ditubuhkan pada 2019 melalui penggabungan ARSM dan ANGKASA.

Dasar Angkasa Negara 2030

 
  • Kerajaan Malaysia meluluskan Dasar Angkasa Negara 2030 pada 7 Februari 2017 – yang bertujuan untuk memastikan perolehan manfaat daripada sektor angkasa lepas dan menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi baharu dan strategik.

  • Dasar itu akan membolehkan Malaysia menjaga kepentingan negara dengan mengiktiraf keperluan akses kepada keupayaan angkasa lepas bagi meningkatkan perkhidmatan kepada negara dan menegakkan keselamatan negara, serta memantau dan menyelia aktiviti angkasa negara dengan berkesan selaras dengan undang-undang antarabangsa yang berkaitan.

Rang Undang-Undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020

 
  • Pada 25 Januari 2022, Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] telah diwartakan bagi penubuhan Lembaga Angkasa Malaysia – yang berperanan untuk menguatkuasa dan mengawal selia aktiviti angkasa lepas bagi memastikan aktiviti angkasa lepas negara yang dilaksanakan adalah mengikut peraturan dan garis panduan yang dipersetujui di peringkat antarabangsa serta membolehkan penyelarasan yang lebih baik bagi aktiviti angkasa lepas dan untuk memanfaatkan potensi dalam meningkatkan ekonomi dan keselamatan negara serta kedudukan global.

  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (“MOSTI”) melalui MYSA bertanggungjawab untuk pendaftaran satelit di UNOOSA – iaitu pendaftaran objek angkasa lepas yang dilancarkan ke angkasa lepas untuk memastikan pembangunan dan pengurusan bahagian angkasa negara secara strategik, teratur dan menyeluruh.

Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow