Pertubuhan Telekomunikasi Antarabangsa ("ITU")
-
Penggunaan spektrum adalah tanpa sempadan dan memerlukan penyelarasan untuk mengurangkan gangguan mudarat terhadap negara pentadbiran lain.
-
Setiap 4 tahun, ITU-R mengadakan World Radiocommunication Conference (“WRC”) di mana peruntukan spektrum global/serantau dirundingkan dan dipersetujui – memainkan peranan penting untuk mengharmonikan penggunaan spektrum di seluruh rantau antarabangsa.
-
ITU-R menggunakan 2 pendekatan utama untuk perkongsian sumber spektrum & orbit:
1) Penggunaan yang efisien (first-come first-served)
-
Memberikan hak keutamaan untuk menggunakan sesuatu frekuensi tertentu berdasarkan rekod pendaftaran frekuensi dalam Master International Frequency Register (“MIFR”), yang diperolehi melalui rundingan dengan negara pentadbiran yang berkenaan.
-
Ia berfungsi untuk mengisi setiap jurang yang ada di dalam orbit bagi mencapai pengurusan spektrum/orbit yang efisien.
2. Akses saksama ("Equitable access - Planned bands”)
-
Spektrum adalah dijamin oleh prosedur perancangan priori yang menetapkan peruntukan dan perancangan untuk kegunaan di masa hadapan oleh semua Negara Anggota ITU, terutamanya bagi yang pada masa ini didalam situasi yang tidak membolehkan mereka untuk menggunakan sumber ini dalam jalur frekuensi tertentu di bawah:
• Appendix 30 RR untuk Perkhidmatan Satelit Penyiaran ("BSS")
• Appendix 30A untuk pautan BSS Feeder Link
• Appendix 30B untuk Perkhidmatan Satelit Tetap (“FSS”)
-
Sesebuah negara anggota juga boleh mengubahsuai ciri-ciri peruntukan negaranya atau memperkenalkan penggunaan tambahan.
Pemfailan Rangkaian Satelit
-
Peraturan Radio ITU menetapkan prosedur khusus yang membawa kepada perekodan pemfailan penguntukan frekuensi rangkaian satelit di dalam MIFR untuk memastikan pengiktirafan antarabangsa terhadap penggunaan sumber spektrum/orbit berkenaan.
-
MCMC selaku notifying administration untuk pemfailan rangkaian satelit bagi negara Malaysia, berperanan untuk mempermudahkan akses kepada sumber spektrum dan orbit selaras dengan keperluan antarabangsa dan domestik.
-
Kegagalan untuk memenuhi keperluan ITU dalam tempoh kawal selia yang ditetapkan akan mengakibatkan pembatalan pemfailan rangkaian satelit tersebut.

-
Namun begitu, pendaftaran penguntukan frekuensi kepada ITU bagi perkhidmatan radiokomunikasi angkasa dan penggunaannya tidak memberikan sebarang keutamaan kekal kepada mana-mana negara.
Fi & Caj ITU
-
Pengendali satelit harus bertanggungjawab untuk menanggung sepenuhnya kos bagi invois yang dikeluarkan oleh ITU dan sebarang kos berulang bagi kerja-kerja penyelarasan dan sumber, sebagai sebahagian daripada kos operasi satelit. Walaupun berlaku pembatalan pemfailan rangkaian satelit tersebut, sebarang bayaran tertunggak kepada ITU masih perlu dibayar kepada ITU oleh pemohon berkenaan.
-
ITU mengenakan bayaran pemprosesan pemfailan rangkaian satelit atas dasar pemulihan kos pemfailan rangkaian satelit , selaras dengan peruntukan ITU Council Decision 482. Struktur caj dibahagikan kepada empat (4) kategori – Advance Publication, Koordinasi, Notifikasi dan Plan.
-
Walau bagaimanapun, setiap pentadbiran berhak mendapat satu pemfailan rangkaian satelit secara percuma setiap tahun dengan syarat tertentu yang perlu dipatuhi. MCMC telah menerbitkan Garis Panduan Pencalonan untuk Kelayakan Percuma Caj Pemulihan Kos untuk Pemfailan Rangkaian Satelit oleh ITU (“Garis Panduan”) pada 31 Julai 2013 untuk menggariskan proses permohonan dan penilaian mengenai perkara ini.
Kandungan Berkaitan