Muat Turun

Client's Charter

Piagam Pelanggan menggariskan komitmen kami terhadap pelaksanaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) dengan jayanya.

Janji kami kepada pelanggan kami ialah:
 

Pengguna Awam

  • Merekodkan semua aduan yang diterima
  • Memberikan maklum balas kepada pengadu dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
  • Memajukan aduan yang diterima kepada penyedia perkhidmatan berkaitan dalam tempoh lima (5) hari bekerja
  • Membuat susulan tentang status aduan daripada penyedia perkhidmatan selepas 15 hari
  • Penguntukan Radas (AA)
    • Secara umumnya pemprosesan permohonan AA memerlukan masa 60 hari dari tarikh permohonan yang lengkap diterima dan ianya adalah di atas dasar usaha terbaik (‘best effort basis’). Tempoh 60 hari ini tidak diperuntukan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan tidak terpakai sekiranya permohonan tersebut memerlukan koordinasi antarabangsa dengan negara jiran.

 

Penguntukan Penomboran

  • 30 hari untuk memproses permohonan penyerahan hak biasa contohnya, Permohonan Penomboran PSTN
  • 45 hari untuk memproses permohonan penyerahan hak khas contohnya, telefon mudah alih, kod pendek


Pemohon Lesen

  • 45 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk memproses permohonan lesen NFP,NSP dan CASP dan mengesyorkan kepada Menteri untuk kelulusan
  • 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk memproses pendaftaran kelas NFP dan NSP
  • 15 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk memproses pendaftaran lesen kelas ASP


Pelesenan

  • Menggalakkan persaingan adil dan pembangunan pasaran melalui proses kawal selia yang telus seperti yang telah digariskan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998
  • Menyediakan penyelesaian terhadap pertikaian apabila perlu 
  • Menggalakkan kawal selia yang berkesan dengan memantau semua perkara penting berkaitan prestasi pemegang lesen dan melaporkan kepada Menteri di setiap penghujung tahun
  • Mengkaji semula Syarat dan Peraturan setiap tiga (3) tahun atau apabila diarahkan oleh Menteri. Ini bagi memastikan Syarat dan Peraturan kekal relevan.
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow