Mengenai Kami

Tanggungjawab Kami

Pada masa ia diwujudkan, peranan utama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Dalam menjalankan akta ini, peranan Suruhanjaya  ialah untuk melaksanakan dan menggalakkan objektif dasar nasional kerajaan untuk sektor komunikasi dan multimedia .

Ahli Suruhanjaya juga terlibat di dalam menyelia rangka kerja kawal selia baru untuk bertumpu kearah industri telekomunikasi, penyiaran  dan aktiviti-aktiviti dalam talian.


Fungsi-fungsi utama Suruhanjaya termasuk yang berikut:

  • Memberi nasihat kepada Menteri untuk semua perkara berkaitan objektif polisi negara khusus untuk aktiviti komunikasi dan multimedia ;
  • Melaksana dan menguatkuasa penyediaan undang-undang komunikasi dan multimedia;
  • Mengawal selia semua perkara  berkaitan aktiviti komunikasi dan multimedia yang tidak termaktub di dalam undang-undang komunikasi dan multimedia;
  • Mempertimbang dan mempercadangkan reformasi kepada undang-undang  komunikasi dan multimedia;
  • Untuk mengawal dan memantau aktiviti komunikasi dan multimedia;
  • Untuk menggalakkan dan mempromosi pembangunan industri komunikasi dan multimedia;
  • Untuk menggalakkan dan mempromosi kawal selia di dalam industri komunikasi dan multimedia;
  • Untuk mengalakkan dan mengekalkan integriti semua pemegang lesen dan diberi kuasa di bawah industri  komunikasi dan multimedia;
  • Memberi bantuan dalam sebarang bentuk  dan menggalakkan kerjasama dan penyelarasan  di kalangan orang -orang yang melibatkan diri dalam aktiviti komunikasi dan multimedia;
  • Untuk menjalankan setiap fungsi seperti yang tertulis dalam undang-undang yang boleh ditentukan oleh Menteri seperti yang diterbitkan di dalam risalah berkala;
  • Untuk penambahan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga mengawal selia industri Pos dan badan yang bertauliah seperti termaktub di dalam Akta Pensijilan Digital (1997).
Tugas-tugas tambahan termasuk:
  • Kawal selia ekonomi
    Termasuk promosi pertandingan dan larangan kelakuan anti persaingan , serta pembangunan dan penguatkuasaan  kod akses dan piawaian. Ia juga termasuk pelesenan, penguatkuasaan syarat lesen untuk penyedia rangkaian dan permohonan dan memastikan pematuhan untuk peraturan-peraturan dan prestasi /kualiti perkhidmatan.
  • Kawal selia teknikal
    Termasuk tugasan kecekapan frekuensi spektrum, pembangunan dan penguatkuasaan kod-kod teknikal dan piawaian , pentadbiran penomboran dan elektronik.
  • Perlindungan pengguna
    Menekankan hak-hak pengguna ketika pada masa yang sama untuk memastikan perlindungan yang mencukupi seperti resolusi pertikaian, berkemampuan untuk melanggan perkhidmatan mereka dan kesediaan perkhidmatan.
  • Kawal selia sosial
    Termasuk kepada pembangunan kandungan serta kawal selia kandungan, termasuk larangan kandungan serta pendidikan awam  pada isu-isu kandungan yang berkait.
  • Kawal selia pos
    Melantik Agensi bertauliah  dalam menjalankan Akta Pensijilan Digital (1997).
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow