Mengenai Kami

Komitmen Kami

Komitmen Pesuruhjaya kearah pelaksanaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) dengan jayanya seperti yang digariskan di dalam piagam pelanggan kami.

PIAGAM PELANGGAN

Janji kami kepada pelanggan kami adalah seperti berikut:

Pengguna Awam
  • Merekodkan semua aduan yang diterima
  • Memberikan maklum balas kepada pengadu dalam dalam tempoh tiga hari bekerja
  • Memajukan aduan yang diterima kepada penyedia perkhidmatan berkaitan dalam tempoh lima hari bekerja
  • Membuat susulan tentang status aduan daripada penyedia perkhidmatan  selepas 15 hari
  • Penguntukan Radas (AA)
    • Secara umumnya pemprosesan permohonan AA memerlukan masa 60 hari dari tarikh permohonan yang lengkap diterima dan ianya adalah di atas dasar usaha terbaik (‘best effort basis’). Tempoh 60 hari ini tidak diperuntukan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan tidak terpakai sekiranya permohonan tersebut memerlukan koordinasi antarabangsa dengan negara jiran.
Pemohonan Lesen
  • 45 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk memproses permohonan lesen NFP, NSP dan CASP dan mengesyorkan kepada Menteri untuk kelulusan.
  • 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk memproses permohonan kelas NFP dan NSP.
  • 15 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk memproses permohonan kelas ASP.
Pelesenan
  • Menggalakkan persaingan adil dan pembangunan pasaran melalui proses kawal selia yang telus seperti yang digariskan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
  • Menyediakan penyelesaian terhadap pertikaian apabila perlu.
  • Mengkaji semula Syarat dan Peraturan setiap tiga tahun atau apabila diarahkan oleh Menteri. Ini bagi memastikan Syarat dan peraturan kekal relevan.
  • Menggalakkan kawal selia yang berkesan dengan memantau semua perkara penting berkaitan prestasi pemegang lesen dan melaporkan kepada Menteri di setiap penghujung tahun.
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow